Langkah strategik ini perkukuh usaha memperluas keterhubungan luar bandar, mempercepat pelaksanaan 5G dan memacu pembangunan ekonomi digital negeri.
Kuantan, Pahang, 16 April – EDOTCO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Alam Mindscape Sdn Bhd, penjenamaan semula anak syarikatnya, Touch Mindscape Sdn. Bhd. sebagai simbol komitmen baharu komitmen syarikat untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital yang inklusif dan mampan di Pahang.
Pelancaran bersejarah ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, dan turut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang, Pengerusi Shahzan Alam Muda Sdn. Bhd. serta YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Sejak pengambilalihan Touch Mindscape pada tahun 2021, EDOTCO telah mengendalikan lebih 1,000 struktur menara di Pahang. Hari ini, dengan nafas baharu sebagai Alam Mindscape, syarikat ini bersedia untuk memperkukuh peranannya dalam menghubungkan komuniti, dari mukim terpencil ke zon pertumbuhan ekonomi dengan teknologi masa depan.
Pengurus Besar Alam Mindscape, En. Isham Ishak berkata, “Alam Mindscape bukan sekadar nama baharu. Ia adalah pemangkin untuk perubahan sebenar. Kami berazam untuk menjadikan Pahang lebih inklusif dan terhubung. Langkah ini juga memperkukuh sokongan kami terhadap agenda transformasi digital negara dan aspirasi negeri untuk menjadi peneraju ekonomi digital negara.”
Sebagai peneraju penyedia infrstruktur digital di Pahang, Alam Mindscape akan memberi tumpuan kepada:
• Memperluas liputan 4G ke kawasan luar bandar dan terpencil;
• Membangun infrastruktur 5G untuk menyokong pelaburan digital bernilai tinggi;
• Memudahcara proses kelulusan dan pelaksanaan infrastuktur menerusi kerjasama erat bersama pihak berkuasa tempatan;
• Memperkasakan rakyat melalui pendidikan digital, ekonomi gig dan keusahawanan digital.
Nama Alam, dipilih kerana ia mencerminkan nilai EDOTCO – keseimbangan antara teknologi dan persekitaran, antara kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Logo baharu Alam Mindscape yang mengekalkan elemen teras EDOTCO melambangkan kekuatan kesinambungan dan komitmen terhadap kelestarian.
Pelancaran ini turut menyaksikan pemeteraian tiga kerjasama strategik yang bakal mempercepat agenda digital Pahang:
• Kerjasama diantara Alam Mindscape, Shahzan Alam Muda dan Kerajaan Negeri Pahang – Penggunaan Network & Planning Analytics (NaPA), platform perancangan rangkaian berasaskan data untuk pengoptimuman lokasi dan liputan rangkaian 4G dan 5G.
• Kerjasama diantara U Mobile dan Alam Mindscape bagi memperluas liputan 5G berkualiti tinggi ke seluruh negeri.
• Usahasama bersama Gnius untuk menyediakan akses pembelajaran digital kepada pelajar keluarga B40 – menjadikan internet sebagai pemangkin masa depan anak-anak Pahang.
Kerjasama ini menyatukan kerajaan, industri dan komuniti dalam usaha mempercepatkan transformasi digital Pahang, memastikan tiada sesiapa tertinggal dalam ekonomi baharu.
##TAMAT##
Mengenai EDOTCO Group
Ditubuhkan pada 2012, Kumpulan EDOTCO ialah syarikat perkhidmatan infrastruktur ketersambungan digital terkemuka di Asia, menyediakan penyelesaian bersepadu hujung ke hujung dalam sektor perkhidmatan menara. Misinya adalah untuk membantu negara-negara di seluruh Asia memajukan infrastruktur ketersambungan mereka dengan penyelesaian terdepan dan mencapai kesalinghubungan yang saksama.
Dengan portfolio lebih 55,000 menara merentasi sembilan negara, syarikat itu hadir di Malaysia, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka dan Laos - memenuhi permintaan ketersambungan secara inovatif dan mampan untuk membantu pelanggan dan rakan kongsinya mempercepatkan kelestarian pertumbuhan. EDOTCO mengutamakan pengembangan portfolio berhemat untuk peluang organik dan bukan organik yang membawa skala, ekonomi dan pulangan yang betul untuk para pemegang sahamnya.
Kumpulan EDOTCO telah dinamakan Syarikat Menara Telekom Asia Pasifik Terbaik selama enam tahun berturut-turut oleh Frost & Sullivan dan diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unicorn ASEAN yang berpangkalan di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.edotcogroup.com.
EDOTCO Group Sdn Bhd
(1022843-U)